Jom kita semak 5 sebab kenapa kita perlu simpan EMAS sekarang:
1) KESELAMATAN
Sedar tak? Wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan² Setiap kali nak draw duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang² bila akaun bank kita tak aktif, pihak bank akan sedut je baki yang ada dalam bank tu.Pernah kena tak?
2) PERLINDUNGAN
Simpanan dalam bentuk wang fiat (syiling & duit kertas yg kita simpan sekarang ni) akan sentiasa di mamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan turun. Tengok la nilai RM berbanding USD sekarang. Sedih..
EMAS pula kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Yang paling best Kekayaan kita tidak akan berkurangan jika simpan EMAS. Sebab tu la raja² suka simpan EMAS. Raja kan kaya.
3) MUDAH DICAIRKAN
Selain EMAS, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, properti dan bon.
Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada satu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu ambil masa yg panjang untuk dijual atau ditukar kedalam bentuk wang.
EMAS pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya kedalam bentuk wang dimana saja seluruh dunia ni. Sebab apa? Sebab permintaan terhadap EMAS ni memang sentiasa tinggi terutamanya di kedai² EMAS,kedai pajak gadai, peminat EMAS dan lain-lain.
4) TAHAN LAMA
Aset seperti rumah,kedai, kereta, surat berharga malah wang kertas akan mudah terbakar atau berendam didalam air apabila berlakunya bencana alam.Nilainya juga akan hilang.
EMAS pula bersifat tahan pada api dan air. EMAS hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.
5) HAK PEMILIKAN DAN PENGELOLAAN SENDIRI
Anda beli EMAS, anda dapat EMAS, anda pegang EMAS, anda simpan EMAS dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga.
Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengeluarkan EMAS anda pada bila-bila masa.
Biar gambar yg berbicara...
BERMINAT NAK SIMPAN EMAS???
Wssap Fara
013.434.4554






